CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 29 April 2012

Nota Faktor Perancangan Menu



Faktor yang Mempengaruhi Perancangan Menu

a) Jenis Hidangan

Jenis hidangan yang dirancang hendaklah berasaskan tujuan mengadakan sajian, samaada majlis formal atau informal. Contoh majlis formal adalah kenduri kahwin.

b) Keperluan & Kegemaran

Pilihan menu perlu membekalkan nutrien untuk keperluan setiap individu.

Setiap individu mempunyai makanan kegemaran masing-masing. Aspek ini perlu juga dititikberatkan semasa merancang menu.

c) Pilihan Sajian

Menu perlulah dirancang supaya setiap sajian mempunyai keseimbangan dan variasi dari segi kaedah memasak, tekstur, rasa dan bahan makanan.

Perbezaan warna, rasa dan tekstur memberi variasi kepada sajian ; membuat makanan menarik dan menyelerakan

Pelbagai bahan dalam sajian dapat memenuhi keperluan nutrien

Dalam pilihan sajian, berbagai-bagai kaedah memasak digalakkan untuk memberi kesan yang berbeza terhadap makanan yang dihidang

d) Perbelanjaan

Perancangan menu perlu mengikut peruntukan perbelanjaan yang ditetapkan untuk mengelakkan pembaziran berlaku.

e) Sumber Makanan

Kemudahan mendapat makanan mempengaruhi perancangan menu. Jika bahana yang digunakan ada pada musimnya, makanan yang dihasilkan adalah lebih segar dan murah

f) Kemudahan Fizikal dan Sumber Tenaga

Kemudahan dan sumber tenaga akan mempengaruhi perancangan menu. Kemudahan yang ada akan membolehkan makanan disedia, dimasak dan dihidang dengan sempurna

Be alert,
# Jika ada penambahan faktor lain, tunjuk kepada saya terlebih
dahulu sebelum menambah info di dalam buku nota.

0 Mahu Menambah Idea:

Post a Comment