CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 29 April 2012

Lunch Box!


LUNCH BOX?

Ramai ke yang mengaplikasikan penggunaannya?
Apabila tiba waktu lunch, apa yg anda cadangkan?
keluar memilih makanan-makanan di kedai atau
terus membawa bekal (Lunch Box) dari rumah?
So, I'd prefer you bawa Lunch Box rather than makan di kedai.
Penggunaan Lunch Box ini banyak manfaatnya.
Untuk pelajar pun sama, bawalah Lunch Box ke sekolah.


Antara kelebihan membawa Lunch Box ke sekolah/pejabat :

# Mempunyai beberapa segmen. Jadi boleh digunakan untuk meletakkan hidangan seimbang seperti nasi, lauk, sayur dan buah!

# Saiz segmen yang kecil bagus untuk mengelakkan pengambilan makanan yg berlebihan. cukup sekadar mengisi mengikut ruangan kecil itu.

# Dapat menjimatkan wang.

# Dijamin kebersihan kerana makanan yang dibawa dimasak sendiri












Kreativiti juga penting untuk mengisi makanan di dalam Lunch Box
bagi ibu-ibu yg membekalkan Lunch Box kepada anak-anak kecil mereka.

You Are What You Eat



I would like to show you this pic b'coz
to make you realize that
YOU ARE WHAT YOU EAT!

So, which 1 you choose??
UNHEALTHY choices or HEALTHY choices??

You decide!

Jom Kenali Menu Breakfast!




Menu untuk makan pagi (breakfast) dapat dibezakan menjadi beberapa jenis:


1. Cotinental Breakfast.
Continental Breakfast atau European Breakfast adalah menu makan pagi yang paling sederhana. Menu ini hanya terdiri dari:
• Bread and Butter
• Preserves: jam, marmalade, honey
• Beverages: coffee atau tea.
Catatan: saat ini ada beberapa juga yang menhidangkan juice.


2. English Breakfast
Menu untuk english breakfast biasanya terdiri dari:
• Bread and Butter
• Preserves
• Cereals atau Porridge
• Fruit slices atau fruit juices
• Eggs
• Fish tau meat
• Beverages


3. American Breakfast
Menu american breakfast ini disebut juga “Full Breakfast” atau menu makan pagi yang paling lengkap dan paling berat (banyak kalori). Menu ini terdiri dari:
• Bread and Butter
• Preserves
• Cereals atau Porridge
• Fruits atau fruit juices
• Eggs
• Fish atau meat
• Beverages


4. Indonesian Breakfast
Hidangan makan pagi di Indonesia sebenarnya belum mempunyai pola seperti jenis breakfast lainnya. Untuk menampilkan Indonesian Breakfast kedalam gastronomi international, maka polanya perlu mengikuti pola breakfast pagastronomi Eropa. Hidangan makan pagi di Inedonesia saat ini sudah beraneka ragam dari yang paling sederhana hingga yang paling lengkap. Contoh Indonesian Breakfast:
• Fresh fruit and fruit juices: sliced banana, papaya, pineapple, manggoe, rambutan, tomato juice, orange juice, peneapple juice, markisa juice dsb.
• Cereals: stemed rice, nasi goreng, bubur ayam dsb.
• Eggs: telor dadar, telor mata sapi, telor retno dsb.
• Meat and poultry: sate, ayam goreng dsb.
• Beverage: coffee dan tea.


MALAYSIAN BREAKFAST???

# Nantikan tugasan untuk tajuk itu.


Jenis Menu - Table De'Hote

Table De' Hote

Table De' Hote adalah suatu susunan hidangan lengkap (complete meal) dengan
suatu harga yang pasti. Jumlah hidangan biasanya terbatas dan
terdiri dari beberapa kelompok hidangan (courses) misalnya, 3, 4, 5,
kelompok dan seterusnya. Untuk tetap menjaga
kepuasan tamu, maka hotel biasanya mencantumkan
beberapa makanan untuk masing-masing kelompok.
Tamu dapat memilih satu makanan diantara kelompok tersebut.
Misalnya pada kelompok pembuka (appetizer) tercantum 3 makanan.
Pada kelompok soup tercantum 3 jenis soup
demikian juga pada kelompok lain.
Dengan demikian tamu mempunyai pilihan yang lebih banyak
tetapi tetap terbatas pada menu yang tercantum.

Contoh menu table d hote dengan pilihan :

GALA DINNER

SHRIMPS COCKTAIL
MELON FRAPE
HORS D’OEUVRE VARIE
*
CONSOMME ROYALE
CREAM OF VEGETABLES SOUP
MINESTRONE
*
RAVIOLI AU JUS
OMELETTE ESPAGNOLE
CHICKEN A LA KING
*
ROAST BEEF PRINTAINIERE
EMINCE OF CHICKEN DUSCHESSE
EPAULE D’AGNEAU BOULANGERE
*
CHOUX VERTS
BUTTERED GREEN PEAS
VICHY CARROTES
*PASRSLEY POTATOES
SAUTED POTATOES
FRENCH FRIED POTATOES
*
SALAD IN SEASON
TOMATO AND CUCUMBER SALAD
MIMOSA SALAD
*
GATEAUX PRALIN
ASSORTED FRUIT COMPOTES
MIXED ICE CREAM
*
ASSORTED CHEESE
*
BALI COFFEE
JAWA TEA


# Anda pasti jumpa menu ini apabila berkunjung ke majlis
yang diadakan di hotel-hotel.



Jenis Menu - A La` Carte


Menu A La' Carte adalah suatu susunan menu dimana setiap makanan yang
dicantumkan pada daftar makanan tersebut disertai dengan harga tersendiri.
Banyaknya jumlah serta jenis makanan yang tercantum pada menu
tergantung pada besar kecilnya restoran (jumlah tempa duduk) dan tigkat atau
golongan dari hotel/restoran tersebut.
Suatu hotel yang tergolong mewah (first class restaurant)
akan menghidangkan makanan yang lebih mahal harganya dan
ditata lebih mewah daripada restoran kelas menengah
atau kelas biasa saja. Walaupun ada perbedaan harga makanan
pada kedua jenis restoran tadi, namun kualitas
makanan harus tetap terjamin baik.


A’la Carte menu mempunyai karakter atau ciri-ciri sebagai berikut:

a. A’la Carte menu mencantumkan daftar makanan selengkapnya yang dapat
disediakan oleh perusahaan tersebut.

b. A’la Carte menu memberi peluang yang cukup luas pada
pelanggan untuk memilih makanan yang sesuai dengan selera mereka.

c. Masing-masing makanan diberikan harga secara terpisah dan tersendiri.
Beban harga yang harus dibayar sesuai dengan harga makanan yang dipesan.

d. Makanan akan dimasak bila dipesan. Dengan demikian setiap pesanan
memerlukan jangka waktu tertentu untuk menunggu hingga makanan
tersebut siap untuk dihidangkan.



Mari belajar jenis-jenis menu dalam next entry ya!
# Jenis-jenis menu ini adalah info tambahan sahaja,
tidak termasuk dalam sukatan matapelajaran.
Sekadar untuk menambah ilmu.

Nota Faktor Perancangan Menu



Faktor yang Mempengaruhi Perancangan Menu

a) Jenis Hidangan

Jenis hidangan yang dirancang hendaklah berasaskan tujuan mengadakan sajian, samaada majlis formal atau informal. Contoh majlis formal adalah kenduri kahwin.

b) Keperluan & Kegemaran

Pilihan menu perlu membekalkan nutrien untuk keperluan setiap individu.

Setiap individu mempunyai makanan kegemaran masing-masing. Aspek ini perlu juga dititikberatkan semasa merancang menu.

c) Pilihan Sajian

Menu perlulah dirancang supaya setiap sajian mempunyai keseimbangan dan variasi dari segi kaedah memasak, tekstur, rasa dan bahan makanan.

Perbezaan warna, rasa dan tekstur memberi variasi kepada sajian ; membuat makanan menarik dan menyelerakan

Pelbagai bahan dalam sajian dapat memenuhi keperluan nutrien

Dalam pilihan sajian, berbagai-bagai kaedah memasak digalakkan untuk memberi kesan yang berbeza terhadap makanan yang dihidang

d) Perbelanjaan

Perancangan menu perlu mengikut peruntukan perbelanjaan yang ditetapkan untuk mengelakkan pembaziran berlaku.

e) Sumber Makanan

Kemudahan mendapat makanan mempengaruhi perancangan menu. Jika bahana yang digunakan ada pada musimnya, makanan yang dihasilkan adalah lebih segar dan murah

f) Kemudahan Fizikal dan Sumber Tenaga

Kemudahan dan sumber tenaga akan mempengaruhi perancangan menu. Kemudahan yang ada akan membolehkan makanan disedia, dimasak dan dihidang dengan sempurna

Be alert,
# Jika ada penambahan faktor lain, tunjuk kepada saya terlebih
dahulu sebelum menambah info di dalam buku nota.

Saturday 28 April 2012

Faktor Perancangan Menu




FAKTOR ini memain peranan atau tidak dalam perancangan menu anda???
Saya tidak akan lampirkan nota di sini buat masa sekarang.
Baca seimbas lalu, kita akan bincang dalam kelas nanti.

# At least, you have something to say when i'm asking you.
Be ALERT my dear students.
do your homework, dont skip any assignment.

Terima Kasih atas kunjungan.


Anda rancang menu setiap hari?



DEFINISI

  • Menu adalah satu senarai lengkap untuk sesuatu sajian. Perancangan menu memerlukan kemahiran dan daya kreatif seseorang bagi menyediakan hidangan yang berkhasiat, menarik dan menyelerakan.
  • Menu adalah satu himpunan nama makanan yang disediakan dalam sesuatu acara makan


TUJUAN

a) Menyediakan sajian yang mengandungi nutrien yang diperlukan

b) Menjimatkan masa, tenaga dan bahan makanan

c) Mengikut anggaran belanjawan yang ditetapkan

d) Menyediakan sajian yang berkhasiat, menarik dan menyelerakan


Perancangan Menu yang baik haruslah berdasarkan kepada KRITERIA berikut :

a) Kehendak Pelanggan dan demografik pelanggan
b) Makanan berkhasiat
c) Kemahiran staf
d) Kesesuaian bahan masakan dengan keadaan
e) Kualiti makanan
f) Kos bahan mentah
g) Kos buruh
h) Margin keuntungan
i) Persembahan makanan
j) Jenis servis
k) Keadaan persekitaran dan peralatan dapur
l) Resepi standard


Kesimpulannya, adakah anda merancang menu anda setiap hari??
adakah anda sanggup berhabisan untuk makan apa sahaja yang diingini??
semuanya terletak di tangan anda.

Apa itu MENU??


Apa itu MENU???

sudu, garfu, pisau kah??

ATAU

yang macam ini ?

KFC di negara Arab

ATAU

yang ini?

macam McD aje ni...

ATAU

mungkin yang ini?

biasa terdapat di restoran kan?

so, Apa itu MENU?
do it your homewrok first my dear students, then we'll discuss dalam kelas nanti.
kita kasi kupas dalam-dalam apa itu MENU ok.
dont worry i'll make this topik so fun like before.

Have a nice weekend.

Perancangan Menu



To all my dear students,
tajuk untuk minggu hadapan ialah
PERANCANGAN MENU.
saya sudah berikan subtopiknya sekali di atas
(rujuk slide yang saya lampirkan di atas)

what you should do are -

# cari maklumat tentang Perancangan Menu serta subtopiknya sekali

# Bina peta minda untuk setiap subtopik tersebut
(tak perlu cantik, yang penting kemas dan isinya menggambarkan anda
doing your homework)

# Sila bawa peta minda pada kelas saya minggu hadapan


SEE you in my class on 2 Mei.
make sure homework siap ok.

Wednesday 25 April 2012

TUGASAN Diet Seimbang


All My dear students,
ALERT untuk setiap tugasan ok.
Tugasan akan menyusul setiap kali tajuk pengajaran berakhir
Hantar tugasan pada minggu hadapan sebelum mula tajuk baru.

Tugasan : Diet Seimbang

# Anda dikehendaki mencetak 'Meal Planner' di atas
atau jika ingin create sendiri on your own pun lagi digalakkan.

# Rancang Pemakanan yang seimbang untuk 1minggu. Pemilihan makanan haruslah
berdasarkan apa yang telah dipelajari dalam tajuk 'Diet Seimbang'

# Ingat, rancang Pemakanan Seimbang bukannya catat apa yang anda makan
setiap hari dalam jangka masa 1minggu tersebut.

Due Date to submit : 2 Mei 2012.
(Bawa masa kelas Kemahiran Hidup saya)


Selamat Menyiapkan Tugasan dengan enjoy! ;)

Diet Cara RASULULLAH s.a.w

Ini adalah cara diet Nabi Muhammad saw. Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya karena pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan. Apakah cara diet Nabi yang membuat baginda sihat.

Berikut beberapa cara yang Nabi kita amalkan dalam diet harian hidup baginda :

Jangan makan SUSU bersama DAGING

Jangan makan DAGING bersama IKAN

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan AYAM bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama TELUR

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

Jangan makan SUSU bersama CUKA

Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh: KOKTAIL)

CARA MAKAN :

* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu,
baru makan nasi.

* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.


* Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.

Nampak memang sukar sedikit.. tapi, kalau tak percaya. cubalah... Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek. Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.

Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu karana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+(positif) sedangkan dalam ikan mengandung ion-(negatif), jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merusak usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan seperti membuat amalan antara lain:


1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.

5. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan).


NABI MUHAMMAD IDOLA TERAGUNG ~

Berapa Kalori Dalam Makanan Anda??

KALORI

Kalori adalah satu unit kepada ukuran.. Seperti juga Panjang yang diukur dalam Unit meter (m), Jadi, apa yang Kalori Ukur? Kalori mengukur Tenaga. Ringkasnya, kalori adalah Unit Tenaga.

Nilai tenaga dalam makanan diukur dalam unit kalori. Kandungan kalori dalam makanan bergantung kepada kandungan karbohidrat, protein dan lemak. Lemak menghasilkan kalori terbanyak mengikut berat 9 kalori bagi setiap gram. Alkohol mengeluarkan 7 kalori/gram. Nutrien lain tidak memberi kesan kepada nilai tenaga makanan. Oleh yang demikian, makanan yang mengandungi banyak lemak adalah tinggi kalorinya. Sebaliknya, makanan tinggi kandungan airnya seperti sayur-sayuran dan buah-buahan rendah kalorinya.

Keperluan kalori kita adalah berbeza sepanjang hayat. Ia bergantung kepada perubahan fisiologikal yang berlaku dalam badan seperti peringkat tumbesaran, semasa mengandung dan menyusu anak, taraf kesihatan dan aktiviti yang dilakukan. Golongan dewasa dan warga emas memerlukan kalori yang kurang kerana aktiviti dijalankan adalah berkurangan berbanding dengan individu yang lebih muda dan aktif.

Orang dewasa perlu menentukan pengambilan dan penggunaan tenaga yang seimbang untuk mengawal dan menetapkan berat badan. Sekiranya kita mengambil lebih kalori dari yang diperlukan, badan akan menyimpan lebihan kalori tersebut sebagai lemak di dalam hati dan di bawah kulit serta dalam bentuk glikogen di otot-otot.

Lemak simpanan ini akan digunakan jika lapar berlaku untuk memberi tenaga. Bagi setiap 3,500 kalori yang disimpan, berat badan akan naik lebih kurang 1 lb(450 gram). Oleh yang demikian, sekiranya seseorang itu mengguna lebih tenaga dari yang dibekal, berat badan boleh dikurangkan. Walau bagaimana pun, bilangan kalori yang perlu bagi mengekalkan berat badan bergantung kepada umur, saiz, cara hidup (terutama senaman dll), komposisi badan dan keturunan.


Pernah kah anda mengambil tahunya??


Mari-mari,


Take Care of Our Health for Our Good Future!

Rancang Jadual Pemakanan Anda!!


ON DIET???

YA. Anda sedang buat satu keputusan yang betul dan tepat.
Tapi INGAT! Harus istiqamah dalm ber-diet.
dan ber-diet dengan cara yang betul.
Diet yang baik adalah berterusan dan seimbang.


APA yang anda makan setiap hari ditu dirancang atau TIDAK??
rata-rata dilihat setiap orang makan mengikut keinginan.
Untuk diet yang berkesan, harus dielakkan berbuat sebegitu.
PENTING untuk anda RANCANG JADUAL PEMAKANAN ~
supaya kandungan kalori, lemak, karbohidrat dan lain-lain yang masuk dalam badan
dapat dikawal dengan seimbang.
Ini penting bukan sahaja untuk mendapatkan hasil diet tersebut
malah untuk kesihatan juga.

Antara contoh Jadual Pemakanan yang baik adalah seperti berikut :

menu2 ini boleh berubah mengikut kesesuaian diri anda
as long as tidak lari dari konsep 'diet seimbang' ok...
harus INGAT! jangan skip breakfast. itu paling PENTING!


DIET-DIET bagai sekalipun,
bersenam itu MESTI dilakukan juga sebagai pendokong diet anda.
Senaman yang biasa dilakukan adalah 3kali seminggu
Luangkan masa anda sedikit untuk aktiviti ini
Apa yang dimakan perlu dibakar. SENAMAN lah jawapannya!


Selamat Bersenam!!

Jangan LUPA.....

Plan your meals for the whole week and repeat for the next next week.

INGAT!

Rancang pemakanan yang SEIMBANG ~


Selamat meng-aplikasi. Tugasan menanti anda ~

Monday 23 April 2012

10 Tips Diet Sihat Untuk Pelajar



1. Jangan skip breakfast! Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sendiri, kebanyakan pelajar selalu meninggalkan sarapan samada sengaja atau tidak. Saya faham, mungkin ada yang terlewat nak ke kelas, sebab tu tak sempat nak sarapan. Kajian mendapati bahawa amalan meninggalkan sarapan akan mempengaruhi tumpuan pelajar di dalam kelas. Jadi, apa kata selepas ini anda latih diri anda untuk bangun lebih awal daripada biasa atau cuba elakkan sambung tidur selepas solat Subuh. Anda akan ada masa yang cukup untuk bersarapan sebelum ke kelas.

2. Makanan segera? Makanan segera dan status pelajar ni memang tak dapat nak dipisahkan! Mungkin anda rasa bosan nak makan makanan yang sama saja setiap hari, jadi pilihan yang terakhir adalah MAKANAN SEGERA! Tak kiralah samada maggi ke, KFC, PIZZA HUT dan segala macam lagi jenis makanan segera yang ada. Oleh itu, jika anda betul-betul nak makan makanan segera, buatlah pilihan dengan bijak. Contohnya anda ada pilihan samada nak pilih pizza tanpa keju, atau burger saiz kecil, atau kentang rebus, atau potato wedges tanpa keju! Bukan belajar saja kita harus bijak, memilih makanan juga perlu bijak!


3. Makan berkalsium tinggi. Cubalah makan makanan berkalsium tinggi! Susu antara pembekal kalsium yang sangat tinggi. Kalau anda jenis yang tak suka minum susu, anda boleh cuba makan makanan lain seperti yogurt rendah lemak, keju rendah lemak, sayur-sayuran. Pssst, kepada yang tak suka minum susu tu, apa kata anda cuba minum susu berperisa. Misalnya, perisa coklat. Anda pasti akan kurang rasa mual.


4. Kurangkan berat badan. Kalau anda perlu kurangkan berat badan, jangan sampai crash diet pulak. Cara yang paling baik untuk mengurangkan berat badan adalah apabila anda berasa baik dan gembira melakukannya. Jangan rasa terpaksa. Teruskan usaha, dan amalkan makan makanan yang seimbang.


5. Kurangkan pengambilan gula. Kepada yang tidak tahu, gula juga menyumbang kalori di dalam diet anda. Gula juga penyebab utama kepada kerosakan gigi. Oleh itu, kurangkan pengambilan gula, dan ganti pengambilan gula dengan makanan semulajadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.


6. Banyakkan minum air. Biasanya pelajar mudah berasa mengantuk di dalam kelas. Ini mungkin disebabkan anda berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran. Apa kata anda bawa sebotol air semasa anda pergi ke kelas. Badan anda memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Dan kalau anda rajin bersenam, anda memerlukan air lebih dari itu. Air satu-satunya minuman yang mempunyai 0 kalori. Jadi, tak kan gemuk punya kalau anda banyak minum air pun! ;)


7. Berdisiplin! Anda perlu latih diri anda supaya berdisiplin semasa makan. Jangan makan semasa menonton televisyen atau makan sambil berbaring di atas katil. Ini akan menyebabkan anda tidak sedar akan kuantiti makanan yang anda telah ambil.


8. Mayonis lebih, please? What? NO! Ada di kalangan anda fikir bahawa makan sayur-sayuran seperti salad bersama buah-buahan dapat mengurangkan pengambilan kalori dalam pemakanan. Dan kebanyakan anda juga yang akan makan salad dan buah-buahan bersama macam-macam dressing seperti mayonis dan thousand island sebagai penambah sedap. Sedap memang sedap. Tapi kalau anda ambil terlalu banyak mayonis dan thousand island mahupun keju, anda sebenarnya telah mengambil kalori yang mungkin sama atau lebih banyak berbanding jika anda makan burger atau kentang goreng!


9. Snack time! Sebagai seorang pelajar, anda mesti selalu tidur lewat sebab nak study, siapkan assignment, projek dan sebagainya kan? Dan selalunya, anda akan rasa lapar di tengah-tengah malam. Kalau tak rasa lapar pun, anda mesti rasa nak mengunyah sesuatu untuk hilangkan mengantuk dan bosan kan? Jadi, untuk mengelakkan anda makan makanan yang kurang baik seperti gula-gula, burger, atau maggi, apa kata anda simpan snek-snek yang lebih baik untuk di makan. Sebagai contoh, bijirin, kekacang, buah-buahan segar dan kering, atau biskut bijirin penuh!


10. Ingat! Makanan bukan sekadar untuk menggembirakan perut dan tekak, tetapi ia adalah salah keperluan untuk hidup. Tetapi, makanan juga boleh memudaratkan sesetengah orang. Oleh itu, anda harus pandai memilih apa yang anda ingin suapkan ke mulut anda.


***************

Diet-diet jugak, tapi jgn lupa senaman!

Selamat berdiet!! Be Istiqamah my dear student!

Sekian.


Sunday 22 April 2012

Diet dan Pemakanan Seimbang



DIET SEIMBANG

Diet seimbang ialah sajian makanan yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh dengan kadar yang betul. Tubuh yang tidak menerima nutrien yang mencukupi dan seimbang akan menghadapi masalah penyakit.


Prinsip Asas Diet Seimbang

Tiada satu makanan yang dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Contohnya, beras membekalkan karbohidrat, manakala ikan kaya dengan protein.

Piramid makanan merupakan panduan yang berjaya membantu kita merancang makanan harian yang seimbang


Tabiat Makanan Yang Sihat

  • Amalkan tabiat makan sajian makanan yang seimbang, seing mempelbagai makanan yang dimakan, dan tidak memilih makan yang digemari sahaja.
  • Makan mengikut waktu bukan kerap makan atau biarkan perut terlalu kosong
  • Displin diri dalam pengambilan makanan dengan aktiviti supaya sihat dan berat badan dapat dikawal
  • Mengamalkan pengambilan makanan yang terjaga kebersihannya
  • Minum air masak secukupnya kerana tiga perempat tubuh badan manusia terdiri daripada air
  • Jangan mudah dipengaruhi iklan untuk memakan makanan yang manis, tinggi kandungan garam , terlalu berlemak dan berminyak

PEMAKANAN SEIMBANG

Pemakanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga. makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat. Makanan seimbang seharusnya memberi :

i. Tenaga makanan yang mencukupi
ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii. Kandungan fiber yang mencukupi
iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.

Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang memberi tenaga, menjauhi dari penyakit dan membina sel-sel dan tisu tubuh.

A. Makanan yang memberi tenaga
Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada nasi. Namun begitu makanan lain yang menghasilkan tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain. Makanan lain yang menghasilkan tenaga
adalah makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu.

B. Makanan membina badan
Protein ialah makanan membina badan. Protein membina sel-sel atau jeringan tisu dalam badan kita. Punca protein adalah daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik, dan lembu. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot. Kekurangan protein juga mempengaruhi pembentukan darah dan ini menyebabkan badan menjadi lesu.

C. Makanan menjauhi penyakit
Makanan jenis ini merupakan makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang mengekalkan semua perjalanan organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada menghidap penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan.

Pemakanan yang seimbang ialah pemakanan yang mengikut piramid makanan yang telah ditetapkan. Panduan piramid pemakanan adalah merupakan satu saranan pengambilan pemakanan yang sempurna dan harus menjadi ikutan dalam pengambilan makanan harian. Pengambilan makanan yang mengikut kuantiti dan pada kelas makanan yang tertentu akan menjamin kesempurnaan dan keseimbangan diet harian. Dengan pengambilan makanan yang sistematik dan seimbang mengikut piramid makanan akan menghindari dari pelbagai penyakit akibat dari diet yang salah dan akan menjamin kesihatan yang optima.




Selamat mengamalkan diet seimbang dalam kehidupan
untuk mendapatkan kesihatan yang baik pada masa hadapan!!

Sekian, terima kasih atas kunjungan ~

Pemakanan & Pengurusan Sajian


Tempoh Masa Pembelajaran mengikut topik :

Diet Seimbang : Minggu 1
Perancangan Menu : Minggu 2 - 3
Prinsip Memasak : Minggu 4 - 5
Kaedah Memasak : Minggu 6 - 7
Penyediaan dan : Minggu 8 - 10
Penyajian Makanan
Reka Cipta Resipi : Minggu 11 - 12


Kepada semua pelajar, sila bersedia utk tajuk pertama minggu depan
'Diet Seimbang'
Apa yang perlu kamu semua cari adalah :

# Maklumat berkenaan tajuk
# Contoh-contoh makanan

Selamat Mencari info ~
Terima Kasih.


Thursday 5 April 2012

Sukatan Mata Pelajaran Penggal Pertama


Assalamualaikum semua.
Apa yang ingin dipelajari sepanjang penggal ini?
Jom klik gambar utk lebih jelas >>>













Pemakanan & Pengurusan Sajian penggal ini
akan lebih menarik dgn menu2 dan resepi baru dari cikgu!
Nak tahu apa? Kena tunggu laaa...


Sekian, terima kasih kerana mengunjungi ~

Welcome To My Site


Selamat Datang ke ruangan khas Cikgu Sueyaya ~
Welcome here my students.
Selalu lawati ruangan ini untuk mendapatkan nota, tugasan dan lain-lain

Terima Kasih,
Cikgu Sueyaya.