
Faktor yang Mempengaruhi Perancangan Menu
a) Jenis Hidangan
Jenis hidangan yang dirancang hendaklah berasaskan tujuan mengadakan sajian, samaada majlis formal atau informal. Contoh majlis formal adalah kenduri kahwin.
b) Keperluan & Kegemaran
Pilihan menu perlu membekalkan nutrien untuk keperluan setiap individu.
Setiap individu mempunyai makanan kegemaran masing-masing. Aspek ini perlu juga dititikberatkan semasa merancang menu.
c) Pilihan Sajian
Menu perlulah dirancang supaya setiap sajian mempunyai keseimbangan dan variasi dari segi kaedah memasak, tekstur, rasa dan bahan makanan.
Perbezaan warna, rasa dan tekstur memberi variasi kepada sajian ; membuat makanan menarik dan menyelerakan
Pelbagai bahan dalam sajian dapat memenuhi keperluan nutrien
Dalam pilihan sajian, berbagai-bagai kaedah memasak digalakkan untuk memberi kesan yang berbeza terhadap makanan yang dihidang
d) Perbelanjaan
Perancangan menu perlu mengikut peruntukan perbelanjaan yang ditetapkan untuk mengelakkan pembaziran berlaku.
e) Sumber Makanan
Kemudahan mendapat makanan mempengaruhi perancangan menu. Jika bahana yang digunakan ada pada musimnya, makanan yang dihasilkan adalah lebih segar dan murah
f) Kemudahan Fizikal dan Sumber Tenaga
0 Mahu Menambah Idea:
Post a Comment