
DEFINISI
- Menu adalah satu senarai lengkap untuk sesuatu sajian. Perancangan menu memerlukan kemahiran dan daya kreatif seseorang bagi menyediakan hidangan yang berkhasiat, menarik dan menyelerakan.
- Menu adalah satu himpunan nama makanan yang disediakan dalam sesuatu acara makan
TUJUAN
a) Menyediakan sajian yang mengandungi nutrien yang diperlukan
b) Menjimatkan masa, tenaga dan bahan makanan
c) Mengikut anggaran belanjawan yang ditetapkan
d) Menyediakan sajian yang berkhasiat, menarik dan menyelerakan
Perancangan Menu yang baik haruslah berdasarkan kepada KRITERIA berikut :
a) Kehendak Pelanggan dan demografik pelanggan
b) Makanan berkhasiat
c) Kemahiran staf
d) Kesesuaian bahan masakan dengan keadaan
e) Kualiti makanan
f) Kos bahan mentah
g) Kos buruh
h) Margin keuntungan
i) Persembahan makanan
j) Jenis servis
k) Keadaan persekitaran dan peralatan dapur
l) Resepi standard
Kesimpulannya, adakah anda merancang menu anda setiap hari??
adakah anda sanggup berhabisan untuk makan apa sahaja yang diingini??
semuanya terletak di tangan anda.
0 Mahu Menambah Idea:
Post a Comment