
DIET SEIMBANG Diet seimbang ialah sajian makanan yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh dengan kadar yang betul. Tubuh yang tidak menerima nutrien yang mencukupi dan seimbang akan menghadapi masalah penyakit. | |
Prinsip Asas Diet Seimbang | |
Tiada satu makanan yang dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Contohnya, beras membekalkan karbohidrat, manakala ikan kaya dengan protein. Piramid makanan merupakan panduan yang berjaya membantu kita merancang makanan harian yang seimbang | |
Tabiat Makanan Yang Sihat | |
PEMAKANAN SEIMBANG Pemakanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga. makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat. Makanan seimbang seharusnya memberi : i. Tenaga makanan yang mencukupi Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang memberi tenaga, menjauhi dari penyakit dan membina sel-sel dan tisu tubuh. A. Makanan yang memberi tenaga B. Makanan membina badan C. Makanan menjauhi penyakit Pemakanan yang seimbang ialah pemakanan yang mengikut piramid makanan yang telah ditetapkan. Panduan piramid pemakanan adalah merupakan satu saranan pengambilan pemakanan yang sempurna dan harus menjadi ikutan dalam pengambilan makanan harian. Pengambilan makanan yang mengikut kuantiti dan pada kelas makanan yang tertentu akan menjamin kesempurnaan dan keseimbangan diet harian. Dengan pengambilan makanan yang sistematik dan seimbang mengikut piramid makanan akan menghindari dari pelbagai penyakit akibat dari diet yang salah dan akan menjamin kesihatan yang optima. |

0 Mahu Menambah Idea:
Post a Comment